Selepas makan malam bersama-sama dengan isteri dan
anak-anak, kita pun seperti biasalah, mengadap tv atau
komputer. Tersentak kita! apabila isteri berlalu di belakang
merungut-rungut kerana anak-anak kita tak mahu dengar
cakapnya. Kita sabarkan telinga dengan alasan dah
memang perangai anak kita tu begitu.
Tersentak lagi kita kali kedua apabila nama kita disebut-sebut
dalam rungutannya itu walaupun sebutannya tidak sejelas pembaca
berita buletin utama. Isu yang jelas dibawa oleh isteri kita semasa
rungutannya kali ini ialah tuala mandi yang kita pakai tadi terjelepok
di atas katil, stokin kita bersepah-sepah di bawah sofa, misai dan
janggut yang kita "trim" di depan cermin di atas meja "soleknya" itu
tidak kita bersihkan.... Kunci kereta kita baling aje di atas meja
depan. Dia amat bimbang, besok pagi kita juga yang "hot" kelam
kabut mencarinya kerana telah dibaling ke tempat lain oleh anak
kecil kita.
Bagaimana boleh terjadi demikian?
Isteri kita sayang kepada kita. Dia amat perihatin akan tingkah laku
kita. Dia mahukan kita menjadi seorang suami mithali baginya dan
anak-anaknya. Dia mahukan setiap tingkah laku kita boleh menjadi
ikutan oleh anak-anaknya. Paling kurang dia akan menggunakan
kebaikan tabiat kita semasa dia memberi nasihat kepada
anak-anaknya. "Baby, cuba ikut macam abah, dia gantung baju dan
seluarnya dengan kemas di rak baju tu selepas balik dari kerja. Kan
ke senang nak pakai besok pagi nanti. Tak le kelam-kabut sangat...
ini macam kapal karam aje bilik ni ....."
Bagi diri kita pula, perangai dan tabiat masa kita muda-muda dulu
atau semasa bermanja-manja dengan emak, masih kita anutihingga
sekarang. Seperti contoh, baling saja uniform selepas balik dari
sekolah. Bila pagi esoknya, senang-senang minta dari mak.
Disebabkan mak kita dulu tidak bekerja, maka dengan lemah
lembutnya dia cari dan berikan kepada kita. Sekarang, kita pun nak
bermanja dengan isteri seperti mana kita bermanja denganemak
kita dulu lah tu. Kita baling saja baju, seluar, tali pinggang, stokin,
kunci kereta etc.... di atas katil selepas balik dari kerja. Esok
paginya kita mengharapkan kekasih kita itulah tolong carikan stokin
yang kita baling semalam untuk kita. Waktu ni, dia pun sibuk juga
nak streka bajunya, tudungnya (bagi yang kerja) nak mencari stokin
anak-anak, cari pensil anak-anak etc...,.. akhirnya kita tension - dia
pun tension.
Jadi, tiada cara lain baginya melainkan, mengulangi "nasihatnya"
dari masa ke semasa secara lisan (berleter) agar suami yang
tercinta itu sedar dalam kelenaan tabiat lama dan mahu merubah
tabiat itu. Memang inilah sahaja "senjata" yangpaling berkesan yang
selalu digunakan oleh isteri kita. Kita akan terus "tersedar" jika dia
berleter. Jika kesedaran kita tu hanya berubah sehari dua sahaja
dan kita ulangi tabiat buruk tu pada hari ketiganya, maka dia akan
berleter menggunakan "machine gun" pula. Begitulah seterusnya
sehingga kita benar-benar telah berubah kepada tabiat yang dia
inginkan.
Oleh itu, bila dia berleter, semak diri kita. Betul tak apa yang
dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah, niatlah dalam diri kita untuk
berubah demi kesukaan dan kesenangannya jua. Baginda SAW
pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya
semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh
Allah SWT. Poinnya di sini ialah, Baginda SAW sentiasa cepat
melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya
semata-mata untuk menghiburkan isterinya.
"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah
menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati
isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." At-Tahrim:1
Jadi setiap kali dia berleter, semak diri kita... jika betul, kita ubahlah
perangai. Akhirnya nanti, tiada poin untuk dia berleter.... kita pula
yang rindukan leterannya, kita buat perangai lain yang dia tak suka,
dia berleter lagi... Maka begitulah hidup berkeluarga... Sentiasa
diuji. Hanya suami yang bersabar dan menguruskannya sebaik
mungkin terhadap perkara yang dia benci terhadap isterinya itu
sahajalah yang mendapat kebaikan yang banyak dari Allah SWT.
(Lihat An Nisa:19)
wassalam
selamat hari ahad
ReplyDeletesinggah sini jap....hehe....
selamat berblogging....
____________________________________
dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini....