Monday, November 2, 2009

Ehem..ehem...

Sewaktu melawat rumah orang-orang tua, Ah Pow duduk di sebelah seorang nenek. Sambil berbual, Ah Pow memakan kacang yang terdapat di dalam sebuah baling atas meja di sebelahnya. Setelah agak lama berbual, Ah Pow sambil mengunyah kacang tersebut, bertanya kepada nenek berkenaan.

Ah Pow : Nenek tak nak makan ke kacang ni? Sedap nek…

Nenek : Oh, nenek tak boleh makan, cu. Nenek cuma boleh makan coklatnya aja, kemudian kacangnya nenek masukkan dalam baling tu. Maklumlah, gigi tak ada…


Tahukah anda kenapa doktor memakai topeng penutup mulut semasa melakukan pembedahan? Jawapannya: Supaya tiada sesiapa mengenalinya kalau terjadi sesuatu yang buruk semasa pembedahan dijalankan.


Suzie, seorang ibu muda, mengadu pada temannya, Suhaila. “ Aku terpaksa minta cerai dari suami aku.”

“ Kenapa…?” Tanya Suhaila kehairanan.

“ Habis…tiap-tiap malam suami aku keluar masuk disko,” jawab Suzie.

“ Ooooohhh, jadi suami engkau tu kaki disko lah ye?” Tanya Suhaila lagi.

“ Bukan…sebenarnya dia ke sana sebab cari aku!” jawab Suzie.

No comments:

Post a Comment